Ulasan Buku

Rabu, 10 April 2013

Tip Kebahagiaan Adam & Hawa

*Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda.
*Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.
*Persahabatan
Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.
*Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.
*Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.
*Bersikap realistik
Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.
*Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.
*Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doa merupakan penawar segalanya.

Sumber:
Welcome To My Blog: Tip Kebahagiaan Adam & Hawa
 

Jumaat, 29 Mac 2013

Ibadah dan rezeki

Dari Abu Hurairah berkata, Nabi Saw bersabda, "wahai anak Adam, curahkanlah waktumu untuk beribadah kepada Ku, maka Aku akan mengisi dadamu dengan kecukupan dan akan Ku tutup kefakiranmu. Jika tidak (engkau mencurahkan waktumu untuk beribadah kepadaku) maka aku akan melimpahkan kepadamu kesibukan dan tidak Ku hilangkan kefakiranmu"
(H.r. Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan Hakim)

Jumaat, 20 Julai 2012

Isteri Terbaik

Assalamualaikum.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW menjawab pertanyaan iaitu: Bagaimanakah isteri terbaik? Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: Isteri yang membuat suaminya senang apabila melihatnya dan isteri yang mentaati suami dalam segala arahan suaminya serta tidak menentang arahan suaminya sama ada disukai atau tidak. (HR An-Nasai)

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: Apabila wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kesuciannya dan taat kepada suaminya, katakanlah kepadanya: masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang engkau sukai. (HR Ibnu Majah)

Hadis berikut diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: Hak suami harus ditunaikan oleh isterinya sehingga jika ada kelukaan pada suaminya lalu isteri menjilatnya, belumlah lagi isteri itu mentaati suaminya dan belum lagi memenuhi hak suaminya. (HR Al-Hakim)

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Mu'adz bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: Jika seseorang isteri mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk setiap kali hidangan makanan pada siang dan pada malamnya belum lagi selesai suami menyantapnya. (HR At-Tabrani)

Title post : Isteri Terbaik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...